Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada reformasi SPRM lepas 8 tahun Beng Hock mati
Diterbitkan:  Jul 4, 2017 11:09 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Satu forum awam mengenai pembaharuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diadakan pada 16 Julai ini sempena lapan tahun kematian Teoh Beng Hock yang ditemui di luar bangunan agensi penguat kuasa terbabit di Shah Alam Selangor.

Penganjur, Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi, berkata panel yang dijemput akan membincangkan langkah-langkah mengukuhkan kapasiti SPRM menangani rasuah dan melindungi hak tahanan.

"Selepas lapan tahun kerajaan masih gagal membawa dalang kematian Teoh ke muka pengadilan, malah pegawai terbabit dinaikkan pangkat ke kedudukan kanan," katanya.

Panel yang akan bercakap pada forum itu termasuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam, George Varughese, Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Selangor (JP-Abas) Saari Sungib dan anggota Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi, Ngeow Chow Ying.

Kata penganjur satu kerusi diperuntukkan kepada wakil SPRM.

Setakat berita ini ditulis penganjur belum mengesahkan sama ada wakil agensi antirasuah itu akan hadir atau tidak.

Forum bertajuk "Reformasi SPRM: Jalan untuk tadbir urus dan hak Asasi Manusia yang baik" akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), bermula jam 8.30 malam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS