Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang

Sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum ke-14, pemimpin sayap pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji memperkenalkan pengagihan pendidikan yang berkualiti di semua peringkat.

Manifesto yang diiktiraf oleh sayap belia dari semua empat parti komponen HARAPAN, antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

"Di peringkat sekolah rendah dan menengah, kami juga mencadangkan desentralisasi separa pentadbiran sekolah dengan autonomi yang lebih besar untuk sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

"Kami sedar bahawa pendidikan adalah dinamik dan dengan perbezaan yang ketara dalam masyarakat, adalah tidak realistik untuk mengharapkan semua sekolah melaksanakan sistem pendidikan tunggal tanpa hasil yang berbeza," kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau membentangkan manifesto itu dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti di Petaling Jaya.

Perkara penting lain yang diketengahkan termasuk mengulangi ikrar untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti tempatan.

Antara lain, Nik Nazmi turut menunjukkan bagaimana pengiktirafan diberikan oleh semua universiti di negeri yang dikuasai HARAPAN, contohnya, Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Mengenai pelaksanaan pengiktirafan di peringkat persekutuan, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui butiran mengenainya harus dibincangkan lebih lanjut oleh majlis presiden HARAPAN.

"Perkara yang kita bersetuju iaitu status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," kata beliau sambil menambah perbincangan lanjut bertujuan memastikan pengiktirafan tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain dari Selangor dan Pulau Pinang, Sarawak menjadi satu-satunya negeri di bawah kawalan BN yang mengiktiraf UEC untuk pendaftaran di universiti tempatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS