Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menyusun amalan-amalan pentadbiran baik untuk diterapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bermula tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata pelbagai cadangan daripada pihak-pihak terbabit akan disusun dalam rangka kerja Pelan Integriti Negara (NIP).

"Ini akan menjadi pelan induk bagi usaha berterusan kita untuk membangunkan modal manusia yang boleh mengemudi dasar-dasar ekonomi kita secara beretika dan bersama dengan integriti tertinggi," katanya semasa merasmikan seminar mengenai "NIP: Reinventing the Future Through Good Governance" di IIM di Kuala Lumpur.

Najib berkata dalam bulan-bulan akan datang, IIM dan Institut Malaysia bagi Pentabiran Korporat (MICG), dengan bantuan agensi-agensi lain akan melaksanakan Roadshow Pentadbiran Korporat merentasi seluruh negara.

"Pentadbiran korporat akan beralih ke sektor luar bandar dan bandar untuk memperluaskan penerapan nilai-nilai dan manfaat pada amalan perniagaan," katanya.

Kurangkan rasuah

Selain daripada itu, Najib berkata IIM dan MICG juga akan mengatur penubuhan Kelab-kelab Perniagaan Pentadbiran Korporat di universiti-universiti tempatan sebagai sebuah pusat untuk memastikan pemahaman baik akan pentadbiran korporat dan insiatif-inisiatif integriti.

Menurut Bernama, beliau menyeru penggiat pasaran supaya tampil dan menyokong usaha-usaha mulia ini dalam apa cara yang mungkin, dengan berkata bahawa "ini pelaburan bijak bagi masa depan negara."

Najib juga mengulangi objektif-objektif strategik utama yang akan dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang di bawah NIP, yang bertujuan mengurangkan amalan rasuah, salah urusan dan penyalahgunaan kuasa, untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam sistem-sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan serta meningkatkan pentadbiran korporat dan etika perniagaan.

"Dalam bidang-bidang ini, saya percaya, merupakan antara pendorong utama yang akan menggalakkan lagi pembangunan berterusan ekonomi negara.

"Untuk mencapai objektif NIP kita perlu lebih berorientasikan kepada keputusan dan perlu mengkaji semula cabaran di hadapan khasnya dalam minda dan pemikiran demi kebaikan kita," katanya.