Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Firza mahu dalang sebar sembang, gambar lucah ditangkap
Diterbitkan:  Jul 6, 2017 5:25 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

GLOBAL | Janda yang dikaitkan dengan skandal sembang lucah dengan pemimpin Front Pembela Islam, Firza Husein, meminta polis menangkap pihak yang menyebarkan kandungan perbualan itu kepada umum.

Bercakap kepada media kelmarin, Firza berkata, polis Indonesia wajar menahan dalang di sebalik terbongkarnya skandal membabitkan dirinya itu.

"Saya berharap kepada pihak berkuasa agar oknum (individu) yang menyebarkan kandungan dan foto tersebut segera ditangkap," kata Firza.

Dia sebelum itu memberi keterangan sekali lagi kepada polis yang sedang melengkapkan siasatan berhubung kes sembang lucah berkenaan.

Firza dilaporkan memberi keterangan kepada polis lebih sembilan jam.

Sebelum ini Peguam Negara Indonesia menyerahkan semula kertas siasatan kepada polis kerana ia dianggap belum lengkap untuk mendakwa Firza.

Wanita itu didakwa terbabit dalam sembang hal-hal atas rancang bersama Rizieq melalui aplikasi WhatsApp suatu ketika dulu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana paparan perbualan itu serta gambar Firza tersebar kepada umum. Mahkamah dijangka akan mendakwa wanita terbabit mengikut Akta Porngrafi 2008 tidak lama lagi.

Bagaimanapun tindakan sama belum diambil ke atas Rizieq yang keluar dari Indonesia ketika namanya disebut-sebut akan disoal siasat.

Rizieq yang mempunyai pengaruh besar dan dihormati ramai kini berada di Timur Tengah sejak Ramadan lalu. Dia berkata sedia memberi keterangan kepada polis jika pihak berkuasa memberi jaminan untuk tidak menangkapnya.

Dia juga menafikan takut kepada pihak berkuasa. Penyokong FPI pula mendakwa dakwaan berkenaan sengaja direka-reka hasil konspirasi pihak tertentu untuk memerangkap Rizieq.

Sementara itu peguam Firza, Azis Yanuar, berkata wanita itu mula diambil keterangan oleh polis sejak jam 9 pagi.

Tribunnews melaporkan, ketua Yayasan Solidariti Cendana itu diajukan 30 pertanyaan oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Khas Polis Metro Jaya.

Azis juga menafikan wanita yang ada dalam gambar tersebar itu adalah anak guamnya.

Lihat Komen
ADS