Pemilihan MCA jadi macam Akademi Fantasia
Jika sistem pesanan ringkas (SMS) dari para peminat akan menentukan kemenangan peserta Akademi Fantasia, perkara yang sama juga sedang berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan MCA pada 20 Ogos depan.
Jika sistem pesanan ringkas (SMS) dari para peminat akan menentukan kemenangan peserta Akademi Fantasia, perkara yang sama juga sedang berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan MCA pada 20 Ogos depan.
Bezanya, dalam pemilihan MCA, SMS tersebut dihantar oleh golongan yang menyebarkan khabar angin memburuk-burukkan calon-calon yang bertanding.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang jelas tidak senang dengan perbuatan tersebut, berkata di Pulau Pinang, bahawa mereka yang terbabit tidak layak dipilih untuk memimpin parti itu.
Beliau mengingatkan ahli-ahli MCA supaya tidak terpengaruh dengan sebarang tohmah yang disebarkan termasuk melalui kaedah SMS kerana ia memberi kesan tidak baik kepada parti.
"Kalau dapat SMS buruk-burukkan calon, padamkan. Jangan hiraukan khabar angin seperti itu, tetapi pada masa yang sama kita mesti fikir apa motif mereka berbuat demikian dan siapa dalang di sebalik perbuatan itu," katanya.
Angkat sumpah
Beliau menegaskan ketika berucap pada majlis mengangkat sumpah ahli jawatankuasa lima bahagian MCA Pulau Pinang iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Bukit Bendera, Balik Pulau dan Tanjung, malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy, Naib Presiden Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi MCA Negeri Datuk Wong Kam Hoong serta ketua-ketua bahagian MCA negeri.
Ong, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengingatkan ahli MCA supaya memikirkan implikasi yang akan berlaku kepada parti itu sekiranya mereka memilih golongan yang menyebarkan khabar angin itu sebagai pemimpin parti.
Beliau juga berkata tidak ada apa-apa yang aneh jika bahagian MCA di Pulau Pinang mengadakan majlis angkat sumpah secara berasingan kerana setiap bahagian mahu menunjukkan inisiatif masing-masing.
"Ini perkara biasa dan jangan perkara ini dijadikan bahan spekulasi. Yang penting ialah mereka bersatu padu dan menjaga keharmonian dalam parti. Perkara seperti ini memang timbul terutamanya pada tahun pemilihan seperti sekarang," kata Ong.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.