Pak Lah: Endon sihat, dijangka pulang bulan depan
Datin Seri Endon Mahmood yang sedang menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat, dalam keadaan sihat dan dijangka pulang ke tanahair bulan depan jika semuanya berjalan lancar, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, rawatan kemoterapi yang dijalani adalah serasi dengan isterinya dan rawatan itu akan diteruskan mengikut jadual.
"Memang semua orang yang biasa dapat rawatan itu tahulah (tentang) `keras'nya rawatan itu. Tapi dia dapat tahan, makan pun bolehlah," katanya.
Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah berada seminggu menemani Endon di Los Angeles.
Menurut Bernama, Abdullah menyampaikan salam penghargaan Endon kepada semua yang mendoakan beliau kembali sihat.
Endon didiagnos menghidap kanser payudara pada 2002 dan kini menjalani rawatan lanjut setiap beberapa bulan di Amerika.
Beliau menerima rawatan kemoterapi Abraxene yang belum diperkenalkan di Malaysia tetapi terbukti berkesan dalam menangani kanser payudara.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.