Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan jenayah seks, polis akan soal 'pembantu' ADUN

Polis dijangka menyoalsiasat seorang lelaki, yang dipercayai pembantu kepada seorang ADUN DAP di Pulau Pinang hari ini berkaitan dakwaan jenayah seks yang didakwa membabitkan seorang pelayan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah tempat letak kereta di Lebuh Pantai, Georgetown, pada 6 Julai. Pelayan berusia 21 tahun itu membuat laporan dengan balai polis Lebuh Pantai pada hari berikutnya.

Difahamkan lelaki itu juga merupakan bekas ahli majlis. Dia digugurkan dari jawatannya sebelum pilihan raya umum 2013.

Malaysiakini sedang berusaha untuk menghubungi wakil rakyat berkenaan bagi mendapatkan komen.

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS