Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MDPM cadang k'jaan wujud hotline aduan Datuk palsu
Diterbitkan:  Jul 15, 2017 6:33 AM
Dikemaskini: 11:11 PM

Majlis Datuk-Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan satu 'hotline' untuk masyarakat membuat aduan mengenai aktiviti penggunaan gelaran palsu atau yang tidak diiktiraf.

Presiden MDPM Tan Sri Danny Ooi berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat  exco majlis itu sebagai satu usaha memperjuangkan integriti penerima anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran.

"MDPM menyokong penuh usaha kerajaan menguatkuasakan dengan tegas akta ini. Yang penting adalah pelaksanaannya. 

"Kita akan bincang dalam mesyuarat majlis exco bagi mencadangkan untuk menubuhkan satu hotline to complaint, as a whistle blower," katanya kepada pemberita pada Malam Ramah Mesra Aidilfitri MDPM di ibunegara malam tadi.

Pada Disember tahun lalu, Dewan Negara  meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 serta Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016 bagi mengekang gejala tidak bermoral terhadap kegiatan penipuan dan penyalahgunaan gelaran kebesaran.

Sementara itu, Timbalan Presiden MDPM Tan Sri M. Kayveas berkata satu pusat yang sistematik perlu diwujudkan bagi mengumpul data dan senarai nama penerima anugerah dan gelaran.

- Bernama
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS