JPM: Dasar pemberian AP perlu dinilai semula
Dasar pemberian Permit Import (AP) perlu dinilai semula kerana terdapat kelemahan dalam dasar sedia ada, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Dasar pemberian Permit Import (AP) perlu dinilai semula kerana terdapat kelemahan dalam dasar sedia ada, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Kenyataan itu berkata jemaah menteri dalam mesyuaratnya hari ini telah membincangkan secara terperinci isu berkaitan AP.
"Hasil daripada penilaian ini akan diambil kira dalam Dasar Automotif Nasional yang akan diumumkan bulan depan," kata kenyataan itu.
Kenyataan empat perenggan itu juga berkata, buat masa ini Menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz tidak perlu
membuat kenyataan lanjut kepada pihak media mengenai isu itu sehingga dasar
tersebut dikeluarkan.
Rafidah hari ini telah diminta untuk menjelaskan perkara tersebut kepada Jemaah Menteri.
Kontroversi berkaitan AP dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata pemberian AP tidak terkawal oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyebabkan pengimportan kereta murah yang ditipu perisytiharan menjejaskan jualan kereta nasional.
Bekas perdana menteri itu juga mempertikaikan kenapa AP dimonopoli oleh
peniaga Bumiputera tertentu.
Susulan daripada itu, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan senarai penerima AP bagi tahun 2004 dan 2005.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.