Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Pendaftaran Pertubuhan (ROS) takut berjumpa dengan pimpinan parti itu untuk membincangkan cara pemilihan semula.

Lim, yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata permintaannya untuk berjumpa dengan ROS setakat ini menemui jalan buntu, tanpa sebarang jawapan daripada agensi persekutuan itu.

DAP mempunyai 11 hari lagi untuk menjawab surat rasmi yang dikeluarkan oleh ROS pada 17 Julai, yang mengarahkan parti itu supaya mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) 2013.

"Kenapa mereka sangat takut berjumpa dengan kami? Apa yang ROS takut? " soal Lim, ketika ditanya mengenai pilihan DAP untuk menjawab ROS dalam tempoh masa 14 hari.

"Kamu bukannya berjumpa mana-mana pemimpin biasa, kamu akan berjumpa dengan ahli Parlimen dan juga Ketua Menteri. Kenapa kamu takut bertemu dengan KM?" soal Lim pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

Lim berkata bekas Setiausaha Penganjur DAP yang juga adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok telah diamanahkan untuk mengadakan pertemuan dengan ROS, memandangkan surat rasmi itu berhubung pemilihan semula dialamatkan kepadanya.

"Dia sedang berusaha untuk mendapatkan janji temu dengan ROS tetapi belum berjaya,” kata Lim.

Malam semalam, parti itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semula kerana mahu ROS menjelaskan arahannya yang didakwa DAP itu berdasarkan "berita palsu".

Pada sidang akhbar tengah malam semalam, Lim berkata “asas ROS untuk pemilihan semula benar-benar tidak berasas dan berdasarkan berita palsu, oleh itu, DAP berharap ROS akan membenarkan satu perjumpaan bagi menjelaskan dan membincangkan langkah seterusnya.”

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS