Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kementerian Pendidikan nak timbang buku sekolah
Diterbitkan:  Jul 24, 2017 9:56 AM
Dikemaskini: 2:03 AM

Pegawai Kementerian Pendidikan akan dihantar ke beberapa sekolah tertentu bagi menimbang berat beg pelajar yang didakwa membawa berat berlebihan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ketika ini sudah ada garis panduan mengenai jumlah buku dan berat maksimum yang dibenarkan dibawa seseorang pelajar sekolah rendah.

Katanya, mengikut peraturan itu jumlah maksimum buku boleh dibawa seseorang pelajar ialah 10 naskhah.

"Garis panduan sudah ada. Kita lihat berapa banyak buku teks, buku latihan dan buku lain dalam beg yang dibawa oleh murid-murid," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Mahdzir menjelaskan perkara itu selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Batu Gajah di Dewan Datuk Wira Yusoff Kassim, Batu Gajah, Perak.

Di sini lebih bertuah

Beliau diminta mengulas aduan membabitkan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dikatakan terpaksa membawa buku latihan dan buku teks membebankan.

Kata Mahdzir buat masa ini pihak kementrian tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai isu berkenaan dan akan mendapatkan butiran lanjut mengenainya.

"Difahamkan ia melibatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.

"Bagaimanapun, kita akan mengkaji laporan berenaan," katanya.

Isu berat beg di kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Selain membebankan pelajar pakar pula berpendapat berat berlebihan boleh memberi kesan negatif terhadap fizikal dan mental kanak-kanak.

Pada Januari 2005 ia turut disentuh menteri pendidikan ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, isu beg sekolah terlampau berat adalah masalah yang timbul pada permulaan sesi persekolahan setiap tahun.

Hishammuddin berkata jika dibandingkan dengan negara jiran, pelajar negara ini boleh dianggap lebih bertuah kerana ketika soal isu berat beg sekolah diperkatakan di sini, kanak-kanak di negara jiran berdepan dengan masalah untuk bersekolah.

Lihat Komen
ADS