Perhimpunan MCA ditunda jika darurat jerebu diisytihar di KL
Perhimpunan agung MCA yang dijadualkan pada 20 Ogos akan ditunda ke satu tarikh baru jika darurat jerebu diisytiharkan di ibu negara, kata presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.
Perhimpunan agung MCA yang dijadualkan pada 20 Ogos akan ditunda ke satu tarikh baru jika darurat jerebu diisytiharkan di ibu negara, kata presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.
"Kita akan mencuba sedaya yang boleh untuk tidak mengganggu perjalanan pemilihan parti. Bagimanapun kami berharap keadaan jerebu akan bertambah baik dalam beberapa hari akan datang.
"Hanya jika kerajaan mengisytharkan darurat. Tetapi jika keadaannya sama seperti hari ini, ia akan diteruskan... kecuali semua orang akan berada di dalam ... jangan di luar," kata beliau kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.
Ong ditemui pemberita selepas melancarkan sebuah buku bertajuk "The New Villages in Malaysia, The Journey Ahead", yang diterbitkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP) di Wisma MCA di sini.
Buku itu disusun oleh Pegawai Penyelidik Kanan Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Lim Hin Fui dan Timbalan Ketua Pengarah Perumahan dan Kerajaan Tempatan Fong Tian Yong menggunakan data terbaru mengenai populasi di kampung-kampung baru dan mencadangkan satu pelan induk untuk membangunkan penempatan itu di seluruh negara.
Menurut laporan Bernama, pencalonan bagi pemilihan MCA dijadualkan pada Isnin (15 Ogos) sementara pemilihan pada Sabtu depan (20 Ogos).

