Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Masalah yang dihadapi peneroka Felda tidak dapat diatasi dengan insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata sebuah pertubuhan hari ini.

Menurut Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F) walaupun mereka menghormati komitmen diberi perdana menteri, enam insentif yang diumum semalam tidak menyelesaikan masalah asas di kawasan petempatan itu.

Penasihat SGK2F Datuk Zulkefli Nordin berkata masalah lebih besar yang dihadapi peneroka Felda ialah pengurusan ladang yang tidak cekap serta penyata hutang tidak diberikan kepada mereka.

"Kami akan lebih gembira sekiranya Najib mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan mengambil perhatian untuk menguruskan ladang dengan lebih baik.

"Apa yang kami nampak, seandainya dua perkara ini tidak diselesaikan, maka akan adalah lagi (pengumuman) wow factor (daripada kerajaan). Setiap tahun ada wow factor,” kata Zulkefli (gambar, kiri) pada sidang media di Hotel Grand Season Kuala Lumpur hari ini.

SGK2F mengulas pengumuman dibuat Najib semasa sambutan kemuncak Hari Peneroka Kebangsaan di Putrajaya semalam.

Tak memihak mana-mana

Pada majlis itu perdana menteri mengumumkan enam insentif baru buat peneroka, malah turut menawarkannya kepada kumpulan penentang yang bermasalah dengan Felda.

Berkongsi berita gembira itu dengan lebih 50,000 hadirin termasuk golongan peneroka di Dataran Putrajaya, Najib mengumumkan bayaran insentif khas untuk kebajikan warga Felda sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh.

Bagaimanapun tawaran Najib kepada peneroka yang 'melawan' itu bersyarat.

Kata Zulkefli kenyataan dibuat SGK2F itu perlu dilihat secara terbuka kerana ia bukan bersifat politik.

Malah katanya pertubuhan berkenaan juga tidak memihak kepada mana-mana parti.

Sementara itu Zulkefli ketika ditanya adakah insentif itu adalah gimik menjelang pilihan raya Umum, dia berkata: "Kami tak berlandaskan politik jadi kita tak nak melihat isu ini dari sudut politik… Kami dah perjuangkan isu ini sejak lama dulu. Tapi nak selesaikan isu sekarang hanya kerajaan yang ada,” katanya.

Lihat Komen
ADS