Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Pengkritik guna isu 1MDB untuk jatuhkan kerajaan

Ahli-ahli politik tertentu telah mengunakan isu-isu berkaitan 1MDB dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada sekumpulan pelabur tempatan dan asing hari ini.

Dalam ucapan pembukaannya di Invest KL 2017, Najib berkata kerajaan mengakui terdapat kesukaran dalam tadbir urus 1MDB dan beliau secara peribadi memberi arahan untuk merasionalisasi operasi syarikat berkenaan.

"Tetapi jangan lupa bahawa walaupun terdapat isu dalam 1MDB, ahli politik tertentu telah meniupkan isu itu dan cuba mensabotaj syarikat itu, dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan sewaktu pilihan raya.

"Pada masa itu kita tahu isu sebenar bukan 1MDB dan jika 1MDB tiada, mereka akan memilih serangan lain untuk cuba mengubah kerajaan," kata Najib kepada kira-kira 900 wakil daripada lebih 150 syarikat tempatan dan asing.

Hasil daripada usaha rasionalisasi 1MDB yang berterusan, Najib mengulangi bahawa banyak aset yang dimiliki oleh 1MDB kini semakin berkembang pesat.

"Seseorang hanya perlu memandu ke Tun Razak Exchange untuk melihat pembangunan di sana," katanya

Projek 70 ekar, yang terletak di sebelah Bulatan Pandan di Kuala Lumpur, merupakan aset utama 1MDB yang memperoleh tanah dari Putrajaya pada RM194.1 juta pada tahun 2010.

Sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula hutang 1MDB, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Disember tahun lepas berkata projek itu disebut sebagai hab masa depan bagi kewangan Islam, dengan nilai pembangunan kasar sekurang-kurangnya RM40 bilion.

Sementara itu, Najib juga membandingkan pentadbirannya dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyifatkan usaha penyelamatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) semasa pemerintahannya selama 22 tahun didakwa hanya memberi manfaat kepada beberapa individu terpilih.

[Baca berita penuh]

 

 

Lihat Komen
ADS