Paling Popular
Terkini

GLOBAL Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump enggan berterus terang pada hari Selasa sama ada beliau berhasrat untuk menyingkirkan Peguam Negara Jeff Sessions, dengan hanya mengatakan bahawa "masa akan menentukan" apa yang akan berlaku.

Trump mengulangi kekecewaannya terhadap keputusan Sessions untuk menarik diri daripada terlibat dalam siasatan berhubung dakwaan campurtangan Russia dalam pilihan raya presiden dan menegaskan dia "pastinya akan memilih orang lain" jika dia tahu bekas senator itu akan berbuat demikian.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tidak baik, bukan terhadap dirinya sebagai presiden, tetapi terhadap pejabat presiden.

"Saya sangat kecewa dengan peguam negara, tetapi kita akan lihat apa yang berlaku, masa akan menentukannya," kata Trump dalam sidang akhbar selepas mengadakan perbincangan dengan perdana menteri Lubnan.

Beliau juga menegaskan keprihatinannya terhadap cara Jabatan Kehakimanan mengendalikan kebocoran agensi perisikan Jabatan Kehakiman dan berkata Sessions tidak melakukan secukupnnya untuk menanganinya.

Terdahulu pada hari Selasa, Trump meneruskan kritikannya terhadap Sessions, sekaligus memuncak spekulasi mengenai penyingkirannya.

[Baca berita penuh]

- dpa
 

Lihat Komen
ADS