Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Memang pun saya tak buat apa-apa, sindir Mahathir
Diterbitkan:  Jul 27, 2017 11:41 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengakui dengan kritikan bahawa beliau tidak membuat apa-apa projek pembangunan semasa pentadbiran 22 tahunnya itu.

Menerusi video 43 saat yang dinaikkan di Facebook, Mahathir diminta mengulas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak melakukan sebarang projek pembangunan dan pengangkutan awam di negara ini semasa menjadi perdana menteri.

"Saya bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib. Memang pun, saya tidak berbuat apa-apa. (Saya) tak buat bangunan, tak buat jalan apa pun.

"Semua ini dibuat oleh pekerja-pekerja. Saya tak buat apa pun. Satu bata pun saya tak pasang, yang buat (adalah) pekerja-pekerja.

“Jadi patutlah Najib sebut tahniah kepada pekerja-pekerja yang membangunkan Malaysia,” katanya sambil tersenyum sinis.

Sebelum ini, Mahathir berkata pentadbirannya telah membina asas yang diteruskan oleh pentadbiran Najib untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara ini.

Walau bagaimanapun kenyataan itu diserang oleh blogger pro-Umno, yang menuduh Mahathir "gagal dengan teruk" dengan projek penswastaan pengangkutan awam dan menyelamatkan ketika mereka tidak berjaya.

Najib juga membidas Mahathir semasa pelancaran MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), dengan berkata bahawa laluan itu berjaya disiapkan lebih awal kerana kontrak tidak diberikan kepada kroni.

Selain laluan SBK, pentadbiran Najib juga telah meluaskan laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang, selain merancang dua lagi laluan MRT, Landasan Pantai Timur dan sebuah kereta api berkelajuan tinggi dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang dibina semasa Mahathir adalah perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS