Sebilangan pengikut Ayah Pin telah meninggalkan Kampung Batu 13, di Hulu Besut, Terengganu, yang sebelum ini dikenali sebagai 'Kerajaan Langit' kerana tidak pasti dengan masa depan mereka jika terus tinggal di situ.

Ketika malaysiakini ke perkampungan tersebut lewat minggu lalu, beberapa keluarga sedang sibuk mengangkat barang ke dalam sebuah lori untuk berpindah.

Mohd Ghani Yusop, 43, bapa kepada tiga dua orang kecil, berkata, mereka tidak pilihan kecuali berpindah dari situ.

"Kami terpaksa untuk mengambil keputusan ini kerana masalah keperluan ekonomi keluarga dan ketidaktentuan mengenai masa depan rumah kami di sini," katanya.

Mereka akan berpindah ke Kampung Susudara di Kelantan, yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari situ.

"Apabila kami berpindah dari sini, ia tiada bererti kami telah meninggalkan Ayah Pin atau perkampungan ini. Ianya satu keputusan yang praktikal yang terpaksa kami buat," kata Mohd Ghani sambil mengangkat barang-barang ke dalam lori tersebut.

"Kami telah tinggal di sini selama 10 tahun. Ia tetap menjadi tempat tinggal kami, tetapi keluarga kami perlu diberi makan, jadi saya memutuskan untuk berpindah dari sini...untuk sementara, bagi meringan beban kewangan," katanya.

'Mereka mungkin datang lagi'

Menurut Mohd Ghani, mereka masih bimbang skuad pemusnah majlis daerah akan datang lagi ke perkampungan tersebut.

"Mereka pernah melakukannya sebelum ini...mereka mungkin melakukannya lagi. Ia mengganggu kehidupan kami. Kami tidak boleh terus hidup dalam keadaan tidak menentu...," katanya.

Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohammad, 65, telah menyembunyikan diri selepas pihak berkuasa mengambil tindakan meruntuhkan binaan di perkampungan tersebut serta mendakwa pengikutnya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Seorang surirumah yang dikenali sebagai Yah, 29, berkata mereka berpindah ke perkampungan tersebut April lalu kerana mahu berada berdekatan dengan ibu bapanya dan ipar mereka.

Empat anggota keluarga Yah turut ditahan manakala jirannya, manakala lapan anggota keluarga jirannya, Sulaiman Takrib, turut ditangkap dalam serbuah pihak berkuasa agama negeri pada 20 Julai lalu. Terjemahan/ berita asal.