Kemudahan di FRIM ditutup kepada orang ramai kerana jerebu
Segala kemudahan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup kepada orang ramai berkuatkuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.
Segala kemudahan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup kepada orang ramai berkuatkuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.
Pegawai Perhubungan Awamnya, Wahayu Abdul Wahab, berkata ini berikutan keadaan jerebu yang teruk melanda negara, khususnya di Lembah Kelang.
"Keadaan berjerebu ini dikhuatiri akan menjejaskan tahap kesihatan dan menghadkan jarak penglihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, penutupan sementara kemudahan FRIM kepada orang ramai itu adalah untuk kebaikan semua pihak.
"Bagaimanapun, segala kemudahan di FRIM akan dibuka semula kepada orang ramai pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amatlah dikesali.
"Jika ada sebarang keraguan atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Penerangan Pelawat di talian 03-62797526 atau 03-62797525 atau faks 03-62804619," katanya.

