Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mencelah dalam permohonan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya penyata akaun bank perdana menteri didedahkan.

Peguam Najib, Wan Azmir Wan Majid berkata Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail memutuskan bahawa anak guamnya mempunyai kepentingan untuk mencelah.

"Sudah tentu, kerana ia akaun banknya," katanya kepada pemberita selepas prosiding yang dijalankan di kamar.

"Memandangkan sekarang, kami sebahagian prosiding, kami akan memfailkan afidavit sebagai jawapan kepada afidavit yang difailkan sebelum ini," katanya sambil menambah bahawa jawapan akan dibuat pada 18 Ogos.

Najib pada Disember tahun lalu memohon untuk mencelah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Zaid terhadap AmBank Islamic Berhad.

Zaid memfailkan permohonan ex-parte pada Oktober lalu untuk memaksa AmBank Islamic Berhad mendedahkan butiran mengenai dana RM2.6 bilion yang dipercayai dimasukkan ke dalam akaun yang dikatakan milik Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS