Pengguna telefon pra-bayar diwajib daftar elak salahguna SMS
Malaysia akan mendaftar pelanggan telefon bimbit pra-bayar untuk mencegah pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menghantar SMS tanpa dapat dikesan.
Malaysia akan mendaftar pelanggan telefon bimbit pra-bayar untuk mencegah pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menghantar SMS tanpa dapat dikesan.
Menteri Multimedia, Air dan Komunikasi, Datuk Lim Keng Yaik dilaporkan berkata, kabinet telah bersetuju untuk mewajibkan semua syarikat komunikasi supaya mendaftar 14 pelanggan pra-bayar sedia ada serta pelanggan baru.
Katanya, pendaftaran itu akan bermula bulan depan di Melaka dan Pulau Pinang dan diperluaskan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
"Empat belas juta adalah jumlah pengguna yang besar dan sesetengah daripada mereka adalah rakyat asing. Jadi ianya (proses pendaftaran) adalah sukar," katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar the New Straits Times.
"Tetapi kita kena mulakan (pendaftaran) kerana pengguna kad pra-bayar boleh menjadi ancaman kepada keselamatan kerana pada hari pengganas menggunakan telefon bimbit untuk meletupkan bom," katanya.
Tahun lalu, para ahli Parlimen menggesa supaya diwajibkan pendaftaran pengguna telefon bimbit pra-bayar berikutan terdapat aduan ada sesetengah pengguna yang menyalahgunakan perkhidmatan itu untuk menghantar surat layang melalui SMS.
Ugutan bom
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat Malaysia supaya memberhentikan perbuatan menyebarkan khabar angin melalui SMS dan mengecam mereka yang melakukannya.
Kenyataan itu dibuatnya selepas tersebarkan khabar angin mengenai keadaan kesihatan isteri beliau, Datin Seri Endon Mahmood, yang sedang menjalani rawatan barah payudara.
Lagi satu lagi kes, polis di Pulau Pinang telah menahan dua rakyat Indonesia awal bulan ini kerana disyaki menghantar ugutan bom ke sebuah lapangan terbang tempatan melalui SMS.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.