Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib nafi 1MDB tak dapat bayar IPIC
Diterbitkan:  Aug 2, 2017 11:30 AM
Dikemaskini: 5:28 AM

1MDB mampu membayar firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Soal 1MDB telahpun dikeluarkan kenyataan, maka ini soal teknikal sahaja bukan soal tidak dapat bayar balik.

“Maka dijangka (ini) tidak akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia,” kata Najib di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri walau bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan "soal teknikal" itu.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata pembayaran yang tidak dilunaskan semalam itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara ini.

1MDB semalam gagal membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian mereka pada April lalu.

1MDB menjelaskan bahawa ia tidak dapat memenuhi obligasi pembayarannya kerana dana yang sepatutnya diterima pada bulan Julai telah ditangguhkan hingga Ogos.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London semalam, IPIC berkata 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai lima hari untuk "memulihkan" kegagalan pembayaran itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS