Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Beberapa jam selepas dirujuk ke mahkamah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan anggota dewan itu supaya tidak membangkitkan peraturan mesyuarat semasa sidang berlangsung.

"Saya harap tidak ada mana-mana yang berhormat membangkitkan perintah mesyuarat, sebab jika yang berhormat berbuat begitu, saya terpaksa membuat keputusan.

"Sekarang ini speaker tidak boleh lagi buat keputusan (dalam dewan) sebab jika buat, akan diheret ke mahkamah," katanya semasa menyambung sidang Dewan Rakyat selepas waktu rehat tengah hari ini.

Pagi tadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian memfailkan saman terhadap Pandikar dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah kerana tidak berpuas hati apabila dua soalannya berkaitan 1MDB ditolak.

Hee yang juga seorang daripada wakil PKR di parlimen memberitahu speaker perlu menjelaskan mengapa soalannya ditolak kerana isu yang dibangkitkan itu penting serta perlu diketahui rakyat.

Kata Pandikar, perkembangan yang berlaku hari ini juga menunjukkan seolah-olah peruntukan Fasal 63(1) Perlembagaan Persekutuan tidak lagi bermakna.

Mengikut perlembagaan, fasal itu menjelaskan mengenai hak keistimewaan parlimen.

Ia menyatakan, kesalahan bagi apa-apa prosiding dalam mana-mana majlis parlimen atau jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS