Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sumber industri penerbangan mendakwa cukai lapangan terbang atau caj perkhidmatan penumpang (PSC) akan naik mulai 1 September depan.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menafikannya.

“Tiada kenaikan. Tiada keputusan naikkan PSC dibuat,” kata Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi kepada Malaysiakini.

Aziz bagaimanapun mengaku perkara itu dibincangkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Sementara itu, MAHB pula berkata tidak dimaklumkan berkaitan kenaikan kadar yang konon akan berlaku itu.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlishah Ghazali berkata amalan biasa memerlukan notis 30 hingga 120 hari kepada industri jika terdapat perubahan kadar PSC.

Beliau bagaimanapun berkata semakan semula PSC adalah prerogatif Mavcom.

Malaysiakini telah menghubungi Mavcom dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sementara itu, sumber industri penerbangan mendakwa kenaikan akan berlaku pada 1 September depan walaupun baru disemak semula pada 1 Januari lalu.

Kadar PSC sekarang adalah RM11 untuk penerbangan dalam negeri, RM35 untuk negara-negara Asean dan RM73 untuk penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang di seluruh negara dan RM50 untuk penumpang yang terbang dari KLIA2.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS