Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Isu aset Zahid, ganti Najib timbul untuk alih isu'

Pemuda Umno berpendapat, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu aset serta dakwaan pertemuannya bersama naib presiden parti itu Datuk Seri Zahid Hamidi adalah untuk mengalih isu.

Malah, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata, tindakan bekas perdana menteri itu juga dilihat terdesak dan ingin menutup malu.

"Tak ada kena mengena (yang dibangkitkan Mahathir dengan kenyataan Zahid).

"Dia (Zahid) kata mengenai keturunan Mahathir keturunan Iskandar Kutty. Kenapa (Mahathir) nak kaitkan benda lain?

"Tapi saya lihat Tun Mahathir ni dah terdesak. Jadi tak tahulah, mungkin dia nak tutup malu dia berketurunan Iskandar Kutty ke kita pun tak tahu.

"Kenapa tiba-tiba nak kaitkan benda lain, nak melaga-lagakan orang itu orang ini, nak mengadu domba, nak memecahbelahkan perpaduan.

“Jadi saya pun kesian dengan Tun Mahathir kerana kita tak tahu apa dia nak sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Setelah isu keturunan Indianya dibangkitkan, Mahathir menyerang kembali dengan mendakwa Zahid pada tahun 1996 pernah mengisytiharkan bahawa terdapat ratusan juta jumlah dalam akaun banknya.

Mahathir juga mendakwa Zahid pernah meminta sokongannya untuk menggantikan Najib.

Lihat Komen
ADS