Pemilihan MCA: Kecuali Ketua Wanita, semua jawatan lain ditandingi
Pendaftaran pencalonan bagi pemilihan MCA 2005 yang ditutup jam 5 petang ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden dan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan timbalan presiden, dalam pemilihan parti itu Jumaat ini.
Pendaftaran pencalonan bagi pemilihan MCA 2005 yang ditutup jam 5 petang ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden dan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan timbalan presiden, dalam pemilihan parti itu Jumaat ini.
Hanya Datuk Ng Yen Yen yang mengekalkan jawatannya tanpa bertanding bersama empat naib ketua Wanita. Bagaimanapun, jawatan timbalan ketua akan menyaksikan pertandingan dua penjuru.
Seperti yang dijangkakan, penyandang jawatan presiden Datuk Ong Ka Ting akan dicabar oleh Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng dalam pemilihan parti itu 20 Ogos depan.
Manakala penyandang jawatan Timbalan Presiden Datuk Chan Kong Choy akan ditentang oleh Setiausaha Agung MCA, Tan Sri Ting Chew dan Chan Tsu Yuen.
Seramai sembilan orang akan bertanding merebut jawatan naib presiden, termasuk tiga penyandangnya sekarang Dr Chua Soi Lek, Datuk Fu Ah Kiow dan Datuk Fong Chan Onn.
Enam pencabar mereka bagi jawatan tersebut ialah Datuk Donald Lim Siang Chai, Datuk Yap Pian Hon, Datuk Ong Tee Keat, Datuk Chau Tet On, Datuk Tan Chai Ho dan Datuk Chor Chee Heung.
Ketua Pemuda: satu lawan satu
Perebutan bagi jawatan ketua Pemuda yang dikosong oleh Ong, akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ahli Parlimen Bentong, Liow Tiong Lai dan Song Kee Chai,
Empat calon akan berentap merebut jawatan timbalan ketua Pemuda. Mereka ialah Ling Hee Liong anak bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang akan berdepan dengan Loh Seng Kok, Ling Hee Liong, Liew Yuen Keong dan Simon Lim Seng Chai
Senarai penuh calon adalah seperti berikut:
Presiden
Ong Ka Ting
Chua Jui Meng
Timbalan Presiden
Chan Kong Choy
Ting Chew Peh
Chan Tse Yuen
Naib Presiden (4 jawatan)
Datuk Datuk Dr Chua Soi Lek (penyandang)
Datuk Fu Ah Kiow (penyandang)
Datuk Fong Chan Onn (penyandang)
Datuk Donald Lim Siang Chai
Datuk Yap Pian Hon
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Chau Tet On
Datuk Tan Chai Ho
Datuk Chor Chee Heung
Ketua Pemuda
Liow Tiong Lai
Soong Kee Chai
Timbalan Ketua Pemuda
Loh Seng Kok
Ling Hee Liong
Liew Yuen Keong
Simon Lim Seng Chai
Ketua Wanita (menang tanpa bertanding)
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Ketua Wanita
Chiew Mei Fun
Tai Sim Yew
Naib Ketua Wanita (menang tanpa bertanding)
Datuk Paduka Lee Pit Chern (penyandang)
Tan Ah Eng (penyandang)
Lim Bee Kan
Datuk Chang Yok Ying


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.