Khalid Jafri dilaporkan tenat, dipindah ke Hospital Selayang
Penulis buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh jadi PM' Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, yang dilaporkan tenat akibat penyakit kencing manis, dipindahkan dari sebuah pusat perubatan swasta di sini ke Hospital Selayang pagi ini.

Jurucakap Pusat Perubatan Columbia Asia ketika dihubungi berkata Khalid, 65, dipindahkan pada 9 pagi tadi ekoran permintaan keluarganya.
Khalid, yang dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada 8 Julai lalu kerana didapati bersalah menulis maklumat palsu dalam buku itu, dipotong kaki kanannya selepas tiga hari dimasukkan ke pusat rawatan itu 2 Ogos lalu disebabkan penyakit itu.
Menurut Bernama, beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan menggunakan bantuan alat pernafasan semasa di pusat rawatan itu.
Khalid dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu kesnya dirayu dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.