Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zaid saran HARAPAN bekerjasama dengan Hindraf
Diterbitkan:  Aug 4, 2017 1:13 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadikan Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) yang diketuai pemimpinnya, P Waytha Moorty sebagai sekutu bagi menarik sokongan pengundi India.

Dalam tulisan di blognya semalam, Zaid berkata pembangkang memiliki isu-isu popular membabitkan masyarakat India sejak 2008 dan beliau melihat impak pergerakan itu kepada masyarakat berkenaan.

"Tidak seperti BN, Pakatan Harapan tidak ada parti etnik India. Sudah tentu ada ahli-ahli India dalam PKR dan DAP, tetapi parti-parti itu bukan berasaskan etnik India.

"Masih terdapat golongan besar kaum India yang miskin di estet dan bandar yang sama seperti kaum lain di negara ini, dan yang hanya berasa selesa dengan organisasi mereka sendiri.

"Jika orang Melayu masih yakin kepada BERSATU sebagai parti Melayu dan jika orang Cina berasa yakin kerana DAP adalah parti yang majoritinya Cina, maka kita mesti bersikap adil dan menerima kesimpulan yang tidak dapat dielakkan bahawa kaum India juga mahu perwakilan politik melalui kaum India," Kata Zaid.

Walaupun mengakui Hindraf tidak akan didaftarkan sebagai parti politik, Zaid berkata, "Waytha dan kawan-kawannya" masih boleh menjadi sekutu bagi membantu HARAPAN untuk memenangi undi penting di Johor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS