Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dakwat ikrar belum kering, Guan Eng digesa berundur lagi
Diterbitkan:  Aug 4, 2017 2:13 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Pemuda Umno negeri terus menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan.

Gesaan terbaru itu dibuat sejurus sahaja Lim menandatangani ikrar bebas rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut pengunduran itu sementara menunggu perbicaraan kes rasuah melibatkan pembelian banglo RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, George Town.

Ketuanya Rafizal Abdul Rahim menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad selepas beliau hadir ke acara ikrar bersama Lim di Komtar hari ini.

Rafizal, ditemani beberapa anggota pergerakan itu, berbaju Melayu putih, menemui Dzulkifli ketika beliau mahu beredar.

Beliau kemudian memberitahu pemberita bahawa Lim sekarang terikat dengan ikrar yang ditandatangani itu.

“Memorandum kami fokus untuk mendesak KM letak jawatan kerana beliau baru saja tandatangan ikrar integriti.

“Dengan tandatangan ikrar itu, Lim cuba tunjukkan dia bersih dan jujur, jadi dia perlu letak jawatan dan berdepan dengan perbicaraan rasuah,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS