Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Akhbar: Md Raus dijangka angkat sumpah malam ini

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif mencapai umur persaraan 66 tahun dan enam bulan semalam.

China Press memetik jemputan rasmi melaporkan Md Raus akan mengangkat sumpah sebagai hakim tambahan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, malam ini.

Terdahulu, ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan Latifah Mohd Tahar berkata hakim tertinggi itu dijangka akan memberi penghargaan kecemerlangan kepada kakitangan mahkamah esok.

Beliau memberitahu pemberita bahawa media dijemput untuk membuat liputan acara itu.

Raus juga dilihat berada di lobi Istana Kehakiman tengah hari tadi dengan sekumpulan individu.

Turut hadir dalam kumpulan itu ialah bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said, Latifah dan beberapa timbalan pendakwaraya termasuk Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Mohd Suhaimi Ibrahim.

Sidek dan Kamaludin adalah anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang baru dibentuk bagi menyiasat kerugian pertukaran wang asing oleh Bank Negara pada tahun 1990-an. Sidek akan mengetuai suruhanjaya itu.

Dilaporkan bulan lalu Pejabat Perdana Menteri mengumumkan lanjutan tempoh Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, masing-masing selama tiga dan dua tahun. Pelantikan mereka adalah menurut Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, pelbagai pihak termasuk bekas hakim Abdul Hamid Mohamad dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, mempersoalkan tempoh lanjutan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS