Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hakim kes Anwar mohon ketepi sabitan liwat undur diri
Diterbitkan:  Aug 4, 2017 4:27 PM
Dikemaskini: 8:38 AM

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini mengundurkan diri daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitannya terhadap kesalahan liwat II.

Beliau yang adalah timbalan menteri dalam kabinet bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, memutuskan menarik diri sendiri, kata peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya. Kedua-dua mereka, sebelum itu bertemu dengan Wan Ahmad Farid di kamar.

Dalam alasan ringkasnya untuk menarik diri, Wan Ahmad Farid berkata bahawa beliau pernah menjadi ahli pentadbiran ketika itu, dan pernah diberi taklimat oleh pengarah siasatan Bukit Aman pada Julai 2008 mengenai kes liwat II.

"Saya bagaimapaun mesti menekankan bahawa saya tidak mempunyai akses ke atas siasatan kes itu, kerana seorang anggota pentadbiran biasanya tidak akan campur tangan dalam perkara operasi yang di bawah bidang kuasa polis," katanya.

Wan Ahmad berkata, memandangkan beliau telah diberi taklimat mengenai perkara itu pada tahun 2008, termasuk cara Anwar ditahan, beliau prihatin tentang kemungkinan dilihat sebagai berat sebelah.

"Adalah wajar saya menarik diri sendiri, seperti yang dikatakan berulang kali, keadilan bukan sahaja mesti dilakukan tetapi mesti dilihat ini dilakukan," katanya.

Surendran berkata perkara itu kini ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum seorang timbalan pendaftar pada 10 Ogos, untuk perkara itu dibawa ke hadapan hakim baru.

[ Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS