Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khutbah: Pemimpin sepatutnya rujuk ulama
Diterbitkan:  Aug 4, 2017 5:19 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Khutbah Jumaat kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menekankan perhubungan antara ulama dan umara (pemimpin) yang tidak wajar dipisahkan.

“Bahkan sepatutnya umara itu menjadikan ulama sebagai rujukan utama dalam menjalankan sistem pemerintahan mereka.

“Atau boleh juga dilantik para ulama tersebut sebagai umara seperti mana yang dilakukan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin,” menurut khutbah bertajuk “Ulama-umara: Peneraju pembangunan ummah”.

Mimbar berkata banyak hal pentadbiran memerlukan pandangan ulama, lebih-lebih lagi dalam urusan bersangkut paut dengan hal ehwal Islam.

“Di sinilah pentingnya ulama kepada umara dalam sesebuah negara,” katanya sambil memetik ayat al-Quran yang memerintahkan bertanya sesuatu kepada orang yang berpengetahuan.

Jakim berhujah, kesatuan fikrah ulama-pemimpin dalam perkara-perkara yang melibatkan hukum-hakam dan dasar-dasar yang melibatkan kepentingan umat Islam.

“Mereka jugalah yang menentukan peraturan-peraturan yang bertujuan menjaga maqasid syariah, mengeluarkan hukum-hukum berkaitan isu-isu semasa, melaksanakan amar ma’ruf dan nahy munkar dan banyak lagi peranan besar mereka dalam struktur pentadbiran negara,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS