Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rani Kulup bukan ciri idaman, Vida pilih jejaka Eropah
Diterbitkan:  Aug 4, 2017 6:48 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman akhirnya membuka mulut susulan lamaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah, Abdul Rani Kulup Abdullah dan berkata lelaki itu bukan pilihannya.

Hasmiza yang dikenali sebagai Vida berkata, dia mahukan seseorang yang boleh memajukan perniagaanya selain memiliki lelaki bermata kelabu, kaya, muda serta kacak.

"Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trillion ringgit. Itu baru boleh," katanya seperti dilaporkan Sinar Online.

Terdahulu, Abdul Rani yang popular dengan gelaran 'ayah' menyatakan hasrat untuk memperisterikan pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd itu.

Menurut Abdul Rani, beliau boleh menjadi seorang suami yang baik dan berharap agar Hasmiza dapat menerimanya.

Sementara itu, Hasmiza turut mengingatkan agar Abdul Rani tidak mencari publisiti murahan.

Selain ingin menjadikan isteri, Abdul Rani turut berhasrat untuk berduet dengan Hasmiza, 46.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Hasmiza untuk memilih lagu yang akan mereka nyanyikan.

Pada awal April lalu, perkahwinan tiga tahun Hasmiza bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah, Ipoh.

Dalam perkembangan sama, Hasmiza mengakui sudah mempunyai calon suami yang berasal dari Eropah.

Katanya, beliau sudah dirisik seorang jejaka kacak sehingga sanggup datang dari jauh ke kediaman jutawan kosmetik itu di Ipoh, Perak.

Jelas Vida, pertemuan dengan jejaka Eropah berusia awal 30-an itu diatur semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.

"Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya," katanya yang dipetik oleh portal itu.

Lihat Komen
ADS