Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kabinet telah menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Skim Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) bagi melibatkan diri dengan pihak berkepentingan.

Menurut sumber, beberapa menteri menimbulkan kebimbangan yang dinyatakan oleh pihak berkepentingan apabila kabinet bertemu hari ini.

Ketika dihubungi, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan bahawa bacaan kali kedua RUU itu akan ditangguhkan ke sesi Parlimen yang akan datang pada bulan Oktober.

RUU itu dibentangkan pada 1 Ogos dan disenaraikan di kedudukan kedua peraturan mesyuarat, yang dijadualkan akan dibahaskan minggu depan.

RUU itu mencadangkan skim di mana majikan dan pekerja perlu membuat sumbangan wajib kepada dana untuk manfaat pekerja yang diberhentikan.

Menurut Johari, beberapa pihak berkepentingan menyatakan kebimbangan mengenai potensi dana itu mengutip RM1.4 bilion setahun daripada 6.5 juta pekerja, manakala hanya sedikit orang yang akan mendapat manfaat daripadanya.

"Kerajaan masih mahu melaksanakannya, tetapi kita mahu memastikan semua pihak berkepentingan faham skim itu," kata Johari.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS