Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada hasrat sambung, kontrak Annuar berakhir Jumaat depan
Diterbitkan:  Aug 5, 2017 11:04 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata beliau tidak berhasrat menyambung kontrak sebagai pengerusi MARA yang akan berakhir Jumaat depan.

Beliau yang juga ketua penerangan Umno telah memegang jawatan itu lebih empat tahun.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh dilantik sebagai Pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 dan disambung pada 12 Ogos 2015.

Bagaimanapun, jawatan Annuar sebagai pengerusi MARA digantung Januari lalu berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak pasukan Kelantan.

Berita Harian online melaporkan beliau sebagai berkata surat memohon pertimbangan agar pelantikan semula tidak disambung dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu.

"Saya juga mencadangkan kepada presiden Umno agar memberi peluang kepada pemimpin lain menjawat jawatan itu.

"Kontrak saya sebagai pengerusi MARA akan berakhir Jumaat depan," Annuar dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata.

Annuar dipetik sebagai berkata demikian ketika ditemui selepas berucap merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda Umno bahagian Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang semalam.

"Terpulanglah kepada perdana menteri untuk melantik mana-mana pemimpin, tetapi alasan yang saya beri ialah untuk memberi peluang kepada pemimpin lain," katanya.

Ketika ditanya sama ada akan menerima jawatan itu jika dilantik semula, Annuar dipetik sebagai berkata, Najib perlu meneliti rekod tugas dilakukannya sepanjang menjawat jawatan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS