Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pembantu Rosmah bimbang kewujudan kelab ateis
Diterbitkan:  Aug 7, 2017 4:57 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Pembantu khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor melahirkan kebimbangan terhadap isu kewujudan Kelab Ateis di Malaysia.

Rizal menegaskan Kelab Ateis tidak boleh dipandang ringan dan sepi.

"Walaupun ketika ini mereka bergerak secara bersembunyi, akan tiba satu masa mereka berani keluar dan bersuara sepertimana pendokong LGBT hari ini," tulis beliau dalam catatan Facebook.

Ateis merujuk kepada orang yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama.

Laporan media tempatan menyebut pihak kerajaan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial baru-baru ini.

Memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau berkata siasatan terperinci akan dilakukan termasuk penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Asyraf lagi, bidang kuasa berkaitan akidah umat Islam tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah setiap negeri manakala bagi peringkat Wilayah Persekutuan, ia di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Asyraf berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Pahang pada 6 Ogos 2017.

Lihat Komen
ADS