Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang lambat dalam mempertahankan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kekayaan luar biasa beliau menampakkan perbezaan mereka, jelas Ketua Armada Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

Semalam, Najib berkata yang beliau mempunyai keyakinan terhadap kesetiaan Ahmad Zahid.

Syed Saddiq mempersoalkan dakwaan kekayaan luar biasa Zahid, "bagaimana seorang ketua pemuda Umno, pada tahun 1990an boleh mengumpulkan aset sebanyak RM230 juta?"

Minggu lalu, Pengerusi BERSATU Dr Mahathir Mohamad mendedahkan maklumat Zahid pernah memiliki RM 230 juta di dalam akaun banknya.

Sebelum itu, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid pernah berjumpa dengan beliau bagi mendapatkan nasihat untuk menggantikan Najib.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu menafikan dakwaan berkenaan, menyatakan Mahathir tersilap membaca kesetiaan beliau kepada Najib.

Ahmad Zahid juga berkata beliau terbuka untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menjelaskan beliau merupakan ahli perniagaan dan bekas pengerusi Bank Simpanan Nasional pada tahun 1990an sebelum menyertai politik.

Lihat Komen
ADS