Paling Popular
Terkini
story images
story images

PARLIMEN l Putrajaya dijangka meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 yang baru tanpa peruntukan yang melarang penukaran agama kanak-kanak secara sepihak oleh ibu bapa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan RUU yang baru di Dewan Rakyat hari ini dan berkata bacaan kali kedua dan ketiga akan dilakukan pada sesi semasa.

Sesi sidang Dewan Rakyat semasa akan berakhir Khamis ini.

Pembentangan itu dikemukakan Azalina di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama, sehari selepas kerajaan membuat keputusan menarik semula rang undang-undang sedia ada itu yang juga dikenali Akta 164 menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 semalam.

Kerajaan telah meminda rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama dan dibahaskan dalam sidang kali ini dengan menggugurkan Fasal 88A

Azalina dalam satu kenyataan kemudian berkata rang undang-undang itu disemak semula untuk mengelakkannya daripada dicabar kesahihannya di bawah Fasal 1 Perkara 4 perlembagaan persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS