Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lim Guan Eng berkata beliau tertanya-tanya sama ada PAS benar-benar faham penjelasan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkaitan rancangan penyelesaian hutang syarikat itu.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata Arul Kanda masih belum menjawab banyak soalan DAP berkaitan syarikat sarat hutang itu, terutama daripada anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

“Saya tidak tahu sama ada mereka benar-benar faham apa yang Arul cakap kerana masih banyak persoalan belum dijawabnya,” kata setiausaha agung DAP itu dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.

“Saya rasa PAS patut jelaskan bagaimana mereka puas hati sedangkan kita sudah bayar banyak tetapi tidak ada apa-apa.”

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk Arul.

Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.

Sementara itu, Lim bertanya sama ada PAS berpuas hati dengan kegagalan 1MDB membayar AS$602.725 juta dan faedahnya kepada syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC) sebelum tarikh akhir tengah hari hari ini.

IPIC dilaporkan memberikan tarikh akhir baru 31 Ogos.

Lim juga berkata beliau ragu jika PAS benar-benar faham itu berkaitan 1MDB dan penangguhan bayaran kepada IPIC.

“Jadi saya hendak tanya jika rombongan PAS tahu apa yang Arul Kanda cakap.

“Adakah mereka tanya soalan yang betul atau sama ada mereka dapat jawapan memuaskan?” soal Lim.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS