Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS jumpa Arul Kanda selepas soalan parlimen ditolak

PARLIMEN l PAS memohon perjumpaan dengan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy selepas soalan Parlimen yang dikemukakan oleh anggota parlimennya ditolak.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasssn (PAS-Kota Bharu) berkata enam soalan dari wakil rakyat parti itu mengenai 1MDB ditolak.

“Luar Dewan, kita minta penjelasan dari 1MDB terus dari presidennya.

“Nasib kita baik la dia (Arul Kanda) setuju,” kata Takiyuddin di Dewan Rakyat hari ini.

Isnin lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai delegasi PAS bertemu Arul Kanda dan diberi taklimat mengenai 1MDB.

Takiyuddin mengulas kenyataan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang mahu tindakan diambil ke atas Arul Kanda kerana "tidak menghiraukan" arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Lim berkata bahawa Arul Kanda tidak menghiraukan arahan Pandikar bahawa soalan berkaitan 1MDB adalah sub judis.

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan itu hanya diguna-pakai di dalam Dewan Rakyat.

Dua minggu lalu pembangkang mencetuskan huru-hara di Dewan Rakyat selepas lebih daripada 30 soalan berkaitan dengan 1MDB ditolak.

Walau bagaimanapun Pandikar mendakwa sekurang-kurangnya 19 soalan mengenai 1MDB dibenarkan untuk disoal.

Soalan-soalan yang ditolak, kata speaker, berdasarkan pelbagai alasan termasuk sub judis, andaian, atau mempunyai niat jahat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS