Paling Popular
Terkini

Kerajaan sedang berusaha untuk mempercepatkan pindaan terhadap pembentangan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) dan Rang Undang-Undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 atau Akta 164 yang telah disemak semula.

Dewan Rakyat meluluskan usul untuk tidak menamatkan sidang hari ini sehingga perbahasan mengenai kedua-dua RUU itu selesai.

Kedua-dua RUU itu berada pada nombor tiga dan empat dalam kertas peraturan.

Dewan Rakyat sekarang sedang menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perkapalan. Saudagar (Pindaan).

Dewan kemudiannya akan membahaskan RUU Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia sebelum membincangkan UU POCA.

Antara cadangan pindaan kepada POCA adalah bahawa tahanan tidak lagi akan dibawa kepada pegawai inkuiri selepas proses reman.

Sebaliknya, polis perlu mengemukakan laporan penyiasatan kepada pegawai inkuiri dan Lembaga Pencegahan Jenayah, di mana pegawai inkuiri akan memulakan proses siasatan.

Sementara itu, pindaan Akta 164 akan mewajibkan pasangan bukan Islam yang bercerai kerana salah seorang daripaka mereka memeluk Islam, untuk menjalani proses perceraian di mahkamah sivil.

Walau bagaimanapun, peruntukan di bawah Akta 164 yang bakal melarang penukaran agama anak secara satu pihak oleh ibu atau bapa telah dikeluarkan daripada RUU itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS