Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Demo Kita Lawan: Mahkamah arah pemimpin PKR bela diri

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan sekumpulan pemimpin PKR untuk membela diri berhubung pembabitan mereka dalam demonstrasi Kita Lawan pada Mac 2015.

"Dalam hal ini, terdapat bukti prima facie bahawa semua tertuduh secara sukarela hadir di protes jalanan...

“Saya dapati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes ini," kata Majistret Mahyudin Mohamad Som ketika menyampaikan keputusannya hari ini.

ADUN Teja Chang Lih Kang, ADUN Semambu Lee Chean Chung dan Rozan Azen Mat Rasip yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, sebelum ini didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA) kerana terbabit dalam perhimpunan itu.

Tarikh sebutan akan datang bagi kes itu adalah pada 7 September depan.

Peguam Chang dan Rozan, Eric Paulsen sebelum ini berhujah bahawa kes ini melibatkan isu perlembagaan.

Oleh itu, Paulsen hari ini, berkata, beliau perlu mendapatkan arahan daripada anak guamnya, sama ada mereka mahu memfailkan permohonan untuk menimbulkan persoalan perlembagaan mengenai PAA kepada Mahkamah Persekutuan.

Pada 8 September 2015, ketiga-tiga pemimpin itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyertai protes jalanan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo dan berakhir di kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada petang 21 Mac 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS