Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M pohon mahkamah gugurkan dua anggota RCI
Diterbitkan:  Aug 9, 2017 6:02 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menggugurkan dua anggota Suruhanjaya DiRaja menyiasat kerugian tukaran wang asing (RCI) .

Mahathir juga sedang mendapatkan perintah mahkamah menuntut kerajaan persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menarik semula lantikan dua individu terbabit.

Bekas perdana menteri juga mahu mahkamah menangguhkan RCI tersebut sehinggalah kes ini diputuskan di mahkamah.

Menurut peguam Haniff Khatri yang mewakili Mahathir, permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Pada pendengaran RCI semalam, para peguam wakil Mahathir dan ketua umum PKR Anwar Ibrahim berhujah menentang Mohd Sidek Hassan dan Saw Choo Boon daripada enam anggota panel RCI.

Kedua-dua anggota panel RCI tersebut didakwa menjadi sebahagian daripada pasukan khas kabinet yang mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan RCI, jadi kebebeasan mereka diragui.
Mohd Sidek ialah bekas ketua setiausaha negara dan ketua pasukan khas tersebut.

Pendengaran RCI berikutnya dijadualkan pada 21 Ogos 2017 ini.

Lihat Komen
ADS