Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga minyak naik 3 minggu berturut-turut
Diterbitkan:  Aug 9, 2017 6:13 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Harga runcit minyak petrol dan diesel naik untuk tiga minggu berturut-turut.

Bermula jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.12 seliter (naik 5sen) manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.39 (naik 7sen).

Harga diesel pula naik 1sen kepada RM2.06 seliter.

Harga minyak diumumkan setiap Rabu.

Harga jualan runcit petrol dan diesel kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Mekanisme baru ini diperkenalkan pada April lalu.

 
Lihat Komen
ADS