Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Rosmah Mansor percaya Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang baru ditubuhkan akan memberikan keadilan terhadap remaja 15 tahun yang dianiaya secara seksual beratus-ratus kali oleh bapanya.

Isteri perdana menteri berkata mangsa pasti akan mendapat perlindungan dan pihak yang bersalah akan mendapat hukuman yang sewajarnya.

"Itulah kita adakan mahkamah untuk jenayah seksual kanak-kanak.

“Dan saya rasakan ini salah satu jalan terbaik untuk orang yang bersalah mendapat hukuman yang dijatuhkan mahkamah.

"Saya syukur kanak-kanak yang jadi mangsa ini mendapat lindungan daripada kerajaan khasnya mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis minum petang sempena ulang tahun ke-48 majalah Wanita di ibu negara.

Sementara itu, pada majlis minum petang hari ini, Rosman yang juga penaung PERMATA telah diberi anugerah tokoh wanita oleh majalah berkenaan.

Anugerah itu diperkenalkan untuk julung kalinya hari ini.

Selain itu, pada majlis berkenaan juga, beberapa selebriti dan usahawan menerima anugerah kerana pernah menghiasi majalah berkenaan.

Antara yang menerima anugerah ialah pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida, Datuk Aliff Syukri, Tiara Jacquelina dan Rozita Che Wan serta Chef Wan.

Lihat Komen
ADS