Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam kecewa LRA lulus tanpa Seksyen 88A
Diterbitkan:  Aug 11, 2017 1:37 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kecewa dengan pengeluaran Seksyen 88A daripada pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA), yang diluluskan di Dewan Rakyat, kelmarin.

“Suhakan mengakui beberapa perubahan progresif ditemui dalam pindaan akta itu, terutamanya berkaitan pembubaran perkahwinan sivil dan pembahagian harta perkahwinan kepada pihak berkepentingan.

“Bagaimanapun, isu utama melarang penukaran agama secara sepihak telah menjejaskan banyak pihak dan masa depan kanak-kanak – yang kerajaan sebelum ini mahu menyelesaikan – tetap tiada penyelesaian walaupun terdapat tanda-tanda kerajaan akan menangani perkara itu,” kata pengerusinya Tan Sri Razali Ismail.

Seksyen 88A dikatakan mampu memberhentikan penukaran agama anak secara sepihak oleh itu atau bapa.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS