Halangan terhadap cadangan tukar nama RHB Bank
RHB Capital Bhd, kumpulan perbankan keempat terbesar di negara ini, boleh dikatakan telah "membekukan" cadangan penukaran nama unit perbankannya kepada CMS Bank Bhd, kerana salah satu pemegang saham besar kumpulan perbankan itu membantah perubahan nama tersebut.
RHB Capital Bhd, kumpulan perbankan keempat terbesar di negara ini, boleh dikatakan telah "membekukan" cadangan penukaran nama unit perbankannya kepada CMS Bank Bhd, kerana salah satu pemegang saham besar kumpulan perbankan itu membantah perubahan nama tersebut.
"Ini telah diberitahu oleh bekas Pengerusi RHB Capital, Datuk Seri Sulaiman Abdul Taib, pada mesyuarat agung tahunan syarikat itu April lalu," kata satu sumber industri perkhidmatan kewangan kepada Bernama hari ini.
Sulaiman, yang kini merupakan Pengarah RHB Capital, dan pemegang saham besar kumpulan perbankan itu, memberitahu, salah satu pemegang saham besar telah membantah penukaran nama itu, kata sumber itu.
Ini berlaku walaupun semua pemegang saham besar di semua peringkat kumpulan RHB telah bersetuju dalam satu mesyuarat lembaga mengenai perubahan nama itu.
Menurut sumber itu, cadangan tersebut dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lembaga pengarah menerima sokongan 100 peratus daripada pemegang saham dalam mesyuarat lembaga itu.
Katanya, pemegang saham besar berkenaan dipercayai telah secara bersendirian membuat bantahan kepada Bank Negara.
KWSP dan Khazanah Negara
Utama Banking Group Bhd, yang saham penguasaannya dimiliki keluarga Sulaiman, memegang 33 peratus kepentingan dalam Rashid Hussain Bhd, yang menguasai RHB Capital.
Pemegang saham besar lain dalam kumpulan perbankan itu ialah Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kedua-duanya mempunyai wakil dalam lembaga pengarah RHB Capital.
Sumber itu berkata 13 bulan lalu lembaga pengarah RHB Capital membuat cadangan kepada Bank Negara untuk menukar nama RHB Bank Bhd kepada CMS Bank Bhd.
Setakat ini, cadangan itu tidak ditolak, tetapi prosesnya mengambil masa yang amat panjang, hingga mendorong penganalisis membayangkan bahawa lembaga pengarah RHB Capital mungkin dirombak.
Desas-desus itu semakin rancak apabila pihak-pihak berkuasa menolak permohonan Sulaiman untuk terus menganggotai lembaga pengarah RHB Capital sebagai pengerusi.
Dengan penolakan itu, Sulaiman merupakan satu-satunya pemegang saham majoriti sebuah bank yang tidak menyandang jawatan pengerusi bukan eksekutif bank berkenaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.