Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jalan Gua Musang-Lojing ditutup akibat banjir lumpur

Jalan Gua Musang-Lojing di sini ditutup kepada semua kenderaan berikutan banjir lumpur yang berlaku di Kilometer FT 185 dekat Pos Blau petang tadi.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang akibat hujan lebat yang turut menyebabkan Sungai Brooke melimpah sehingga menyebabkan banjir lumpur.

“Sepanjang 500 meter jalan di kawasan itu turut ditenggelami lumpur akibat banjir dan ia ditutup kepada semua lalu lintas sehingga keadaan kembali pulih.

“Kejadian berkenaan merupakan kali kedua berlaku tahun ini selepas kali pertama pada Mei lepas,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Blau, Salleh Angah ketika dihubungi berkata kejadian banjir lumpur akan terus berulang selagi kerajaan negeri tidak menangani pembukaan tanah secara tidak terkawal di kawasan Lojing.

Beliau berkata walaupun kejadian itu jauh dari penempatan Orang Asli namun ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS