Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
TPM: Walau beza pendapat, kekerasan tak harus berlaku

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau sedih dengan insiden keganasan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2 di Shah Alam semalam.

“Saya amat sedih dengan apa yang berlaku ketika berlangsungnya majlis Nothing to Hide.

“Tentunya sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, peristiwa itu tidak berlaku,” katanya.

Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.

Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib tidak melayan perkara itu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kongres berkaitan kejuruteraan hidro alam sekitar di Kuala Lumpur, Zahid berkata polis akan terus menjalankan siasatan.

Menteri dalam negeri juga berkata pendakwaan terhadap pesalah akan dilakukan sama ada anggota parti penganjur sendiri ataupun “unsur-unsur luar yang mengganggu”.

“Kita berharap demokrasi dapat diterjemahkan sebaik-baiknya di negara ini,” katanya.

“Walaupun kita mungkin berbeza pendapat, tetapi tentulah kekasaran terhadap mana-mana individu ataupun tokoh tidak seharusnya berlaku.”

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS