Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin: BN boleh hilang P'jaya jika gagal jelaskan isu 1MDB

Barisan Nasional berisiko kehilangan Putrajaya jika kerajaan tidak menjelaskan masalah yang melanda 1MDB, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR, berkata beliau yakin kematangan pengundi di negeri ini dalam mengekalkan pentadbiran sedia ada.

Sebaliknya, katanya, Umno dan BN yang "perlu bimbang" akan kehilangan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Azmin mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan BN perlu menangkis persepsi yang dilakukan oleh pembangkang terhadap 1MDB untuk memenangi semula Selangor.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Adnan kerana mengiktiraf bahawa 1MDB adalah masalah yang memerlukan penjelasan tetapi saya rasa jika BN gagal menjelaskannya, akhirnya ia akan kehilangan Putrajaya," katanya.

 

Lihat Komen
ADS