Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian: Lebih 70% puas hati prestasi k'jaan Selangor
Diterbitkan:  Aug 15, 2017 1:51 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Sejumlah 72 peratus atau 8,640 responden yang mewakili penduduk negeri Selangor menyatakan kepuasan mereka terhadap prestasi keseluruhan kerajaan negeri.

Ini berdasarkan penemuan kajian Merdeka Center yang meninjau 12,001 responden bermula 23 Jan hingga 29 Jun lalu, kata exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, pemutihan kilang haram dan pembangunan kampung baru, Ean Yong Hian Wah, semasa sidang akhbar di bangunan sekretariat negeri di Shah Alam.

"Keseluruhannya, rasa puas hati rakyat terhadap kerajaan negeri Selangor bertambah baik," katanya, merujuk keputusan kajian terakhir pada tahun 2015 yang mencatatkan kadar kepuasan pada 67 peratus.

Pada masa sama, Ean Yong berkata kajian itu juga mencatatkan kadar kepuasan 74 peratus dengan prestasi semua 12 majlis tempatan di Selangor berbanding kadar 63 peratus pada tahun 2015.

Kaji selidik itu meninjau 1,000 penduduk dari 11 majlis tempatan dan 1,001 penduduk dari majlis perbandaran Subang Jaya.

Tiada kaji selidik dijalankan tahun lalu.

Daripada 12 majlis tempatan itu, Ean Yong berkata penemuan kajian mendapati majlis bandaraya Ampang Jaya menunjukkan peningkatan paling ketara dengan peningkatan 18 peratus dalam kadar kepuasan keseluruhan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS